Monday 18 August 2014

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD



ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


(16 JULAI 1981 – 31 OKTOBER 2003)

 index Sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pemodenan’ Tun Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia meniti arus kemodenan sebagai sebuah negara berdaya maju dengan pelbagai dasar dan projek berprofil tinggi sehingga menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.
 index Pada awal pentadbirannya, Tun telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur diikuti Kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan.
 index Projek pengeluaran Proton Saga yang merupakan kereta nasional pertama negara pada 1985 telah menggerakkan ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.
 index Pelancaran Wawasan 2020 pada 1990 pula menyediakan pelan perancangan bagi Malaysia mencapai taraf negara maju dengan menggariskan sembilan cabaran hasrat dan hala tuju kerajaan serta rakyat. Kejayaan Tun mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada lewat 1990-an juga menjadikan Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.
 index Inisiatif memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju diteruskan lagi dengan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996 yang menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dengan projek-projek seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan sebagainya.
 index
Pelbagai projek mega telah dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir antaranya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Walaupun pada awal pelaksanaan projek-projek mega ini mendapat pelbagai kritikan namun ternyata ia banyak membantu merangsang ekonomi dan pembangunan negara serta menjadikan Malaysia dikenali, dihormati dan disegani di peringkat global.

No comments:

Post a Comment