Monday 18 August 2014

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

ERA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ



(31 OGOS 1957 – 21 SEPTEMBER 1970)
index
Sebagai perintis era kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.
 index Sumbangan besar Tunku dalam proses kemerdekaan dan menyatukan pelbagai kaum yang mengamalkan agama, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah Persekutuan Malaysia, telah melayakkan Tunku menerima gelaran Bapa Kemerdekaan.
 index Sepanjang pemerintahannya, Tunku telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia dengan membentuk strategi pembangunan jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya pertama pada 1956 hingga 1960 dan Rancangan Malaya kedua 1961 hingga 1965. Melalui rancangan pembangunan lima tahun ini pelbagai aktiviti pemulihan dan penjanaan ekonomi telah dilaksanakan bermula dengan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit hinggalah kepada penubuhan institusi-institusi penjana pembangunan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
 index Selain itu pelbagai Dasar yang menjadi garis panduan dalam pemerintahan telah diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67). Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada 1961 yang seterusnya dikenali sebagai ASEAN. Sehingga kini 10 buah negara menganggotai di Asia Tenggara. Penganjuran beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Pesta Bola Merdeka (1957) dan Musabaqah al-Quran (1961) menjadikan Malaysia dikenali di peringkat global. Tunku juga telah mencatat sejarah dalam arena politik tanah air dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC di bawah Parti Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional dan berjaya memerintah Malaysia sehingga kini.

No comments:

Post a Comment