Monday 18 August 2014

TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI


ERA TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI



(31 OKTOBER 2003 – 2 APRIL 2009)

 index
Semasa pemerintahannya, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju selaras Wawasan 2020 dengan berteraskan prinsip Islam Hadhari. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan konsep ‘bekerja bersama saya’ telah memperkasa perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan bertaraf dunia.
 index
Tun Abdullah juga memberi perhatian khusus kepada usaha pencegahan rasuah dengan penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta melakukan penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 index
Selain itu, Tun Abdullah juga mengambil inisiatif bagi Malaysia meneroka pelbagai bidang baharu dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Bioteknologi Nasional (DBN), Dasar Automotif Nasional (DAN) dan Dasar Biofuel Nasional (DBFN). Projek Pembinaan mikro satelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1 yang dijayakan oleh syarikat dan tenaga kerja tempatan telah membuktikan keupayaan Malaysia dalam bidang aeroangkasa. Pusat Angkasa Malaysia telah ditubuhkan bagi mengawal selia aktiviti RazakSat dan menjalankan kerjasama di peringkat global dalam bidang aeroangkasa.
 index
Melalui Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) Tun Abdullah telah merangka Misi Nasional yang memfokuskan kepada meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara dengan mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nano teknologi dan perkhidmatan aeroangkasa. Langkah Tun Abdullah memperkenalkan Dasar Modal Insan yang direncanakan di dalam RMK-9 juga telah memberikan revolusi dalam pembangunan modal insan negara.
 index
Ia juga telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Perhatian khas yang diberikan oleh Tun Abdullah kepada pembangunan modal insan yang merupakan aset penting masa hadapan bagi membantu Malaysia merealisasikan Wawasan 2020 telah menyebabkan beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’.

No comments:

Post a Comment