Monday 18 August 2014

TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN


ERA TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN






(22 SEPTEMBER 1970 – 14 JANUARI 1976)
 index
Dalam menerajui Malaysia Tun Razak telah memfokuskan kepada empat perkara iaitu menurunkan kadar kemiskinan, pengagihan ekonomi yang adil dan saksama, pendekatan praktikal untuk membina negara dan rakyat serta memastikan wujudnya keadilan sosial dalam kalangan rakyat. Tun Razak menggerakkan pembangunan Malaysia melalui Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Buku Merah) serta agenda pembangunan ekonomi menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan kejayaan gerakan pembangunan negara yang dijalankan Tun Razak ini beliau telah digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
 index
Tun Razak juga berjaya mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara luar. Diplomasi yang diamalkan Tun Razak telah berjaya menamatkan konfrontasi Malaysia-Indonesia dan membina hubungan erat dengan negara China. Strategi ini telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat di mata dunia.

No comments:

Post a Comment